Madrasah Tahfiz (PPIQ)
Madrasah Tahfiz Pengajian Pendidikan Islam dan Al-Quran (PPIQ) adalah pengajian tahfiz harian dengan tambahan pengajian agama. Dengan penekanan terhadap pembacaan dan penghafalan ayat-ayat Al-Quran serta silibus yang tidak memberatkan pelajar, PPIQ memberikan pengalaman yang menarik untuk pelajar-pelajarnya.
Di akhir pengajian, pelajar akan mampu:
- Menghafal Al-Quran mengikut himpunan surah dengan bacaan yang baik
- Memahami Fiqh Ibadat
- Memahami akidah Islam
- Mencerminkan akhlak Islam dalam kehidupan seharian
- Mengetahui secara dasar sejarah awal Islam
- Menghafal lebih hampir 100 hadis pendek
- Mengetahui tafsir lebih 60 ayat Al-Quran
- Membaca Al-Quran dengan Tajwid yang betul
- Mempunyai kemahiran Bahasa Melayu pada peringkat GCE O Level
- Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris pada peringkat GCE O Level
- Mempunyai kemahiran Bahasa Arab pada peringkat GCE O Level
- Mempunyai kemahiran asas ilmu Matematik
- Mempunyai kemahiran asas ilmu Sains
Madrasah dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu melainkan subjek-subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
Pemohon perlu memenuhi syarat berikut:
1. Mampu membaca Al-Quran
2. Berumur 12 – 15* tahun
*untuk pemohon dari madrasah sepenuh masa sahaja
Pemohon perlu menjalani ujian kemasukan untuk menilai kemampuan dan kelancaran bacaan. Pemohon yang tidak mampu membaca Al-Quran tidak akan diterima permohonannya.
Pemohon yang berjaya daripada madrasah sepenuh masa:
Diterima masuk ke Tahun 1
Pemohon yang berjaya daripada sekolah sekular:
Diterima masuk ke peringkat Asas
Pengasahan setahun bagi subjek Al-Quran dan Bahasa Arab serta subjek penting asas agama
Hari
Isnin hingga Jumaat
Kelas Tahfiz
8.45 – 11.45 pagi
Kelas Subjek
12.15 – 2.25 ptg
Semester
Semester 1: Januari – Mei
Semester 2: Julai – November
Sila rujuk kepada Academic Calendar untuk tarikh-tarikhnya.
Asas
Bagi mereka yang tiada latar belakang pendidikan di madrasah sepenuh masa di peringkat rendah.
Tahun 1 – 4
Bagi mereka daripada pendidikan madarash sepenuh masa di peringkat rendah.
4 tahun
Mereka yang bermula daripada Tahun 1.
5 tahun
Mereka yang bermula daripada peringkat Asas.
Subjek-subjek Agama
1. Tauhid
2. Fiqh
3. Akhlak
4. Sirah
5. Hadith
6. Tafsir
7. Kitabah (Asas)
8. Tadabbur (Asas)
6. IRK (O Level)
Subjek-subjek Al-Quran
1. Tahfiz
2. Tajwid
3. Tahsin (Asas)
Subjek-subjek Akademik
1. Bahasa Melayu (O level)
2. Bahasa Arab (O level)
3. Bahasa Inggeris (O level)
4. Matematik (Lower Sec)
5. Science (Lower Sec)
Yuran Pengajian
Jan-May : $160 / bulan
Julai-Nov : $160 / bulan
Jun & Dis : $120
Yuran Buku & peperiksaan
$100 / semester
Yuran Rampaian (Miscellaneous)
$50 / semester
Deposit
Yuran sebulan
Deposit hanya dipulangkan selepas setahun pelajar ikuti pengajian PPIQ.
Penilaian untuk setiap semester adalah seperti berikut:
- Kehadiran: 10%
- Penilaian dalam kelas: 20%
- Peperiksaan semester: 70%
- Peratus minimum untuk lulus ialah 50%
- Slip Keputusan Peperiksaan akan diberikan selepas setiap peperiksaan semester.
- Sijil PPIQ akan diberikan kepada pelajar yang telah tamat pengajian Tahun 4.
Pelajar boleh sambung pelajaran mereka di peringkat Pengajian Pendidikan Islam Lanjutan (PPIL) di Darul Huffaz dan program-program lain yang setaraf di luar.
Semua pelajar PPIQ perlu patuh pada peraturan-peraturan pelajar. Sila klik di sini untuk membaca peraturan-peraturan tersebut.