Bengkel Muazzin Remaja
Bengkel ini melengkapkan remaja lelaki dengan ilmu dan kemahiran untuk melaungkan azan dan memainkan peranan sebagai Muazzin. Ramai yang sangka tugas Muazzin hanya melaungkan azan dan iqamah. Sebenarnya ia lebih daripada itu. Muazzin juga adalah naib imam dan menggantikan imam apabila imam tidak dapat teruskan tugas mengimami solat.
Bengkel ini juga melatih peserta lagu dan cara melaungkan azan dan iqamah dengan baik.
Peserta boleh juga ikuti Bengkel Imam Remaja untuk melengkapkan ilmu sebagai imam juga.
Bengkel ini dijalankan dalam bahasa Melayu.
- Lelaki
- Berumur 10-16 tahun
- Boleh baca Al-Quran
Program ini diadakan secara fizikal di Darul Huffaz.
Sesi 1 : 2 – 3 Dec 2026 (3 hari)
Sesi 2 : 15 – 16 Dec 2026 (3 hari)
10.00 – 11.00 am (1 jam)
Bengkel ini dibimbing oleh Ustaz Muhammad Abdul Ghani Taufiq.
Menggunakan nota yang disiapkan oleh Ustaz Firdaus bin Yahya, Pengurus Darul Huffaz.
Bengkel Muazzin sahaja : $60
Bengkel Imam dan Bengkel Muazzin (combo) : $100 (diskaun $40!)
Yuran Pendaftaran : $20 (untuk pelajar baru)