Darul Huffaz Learning Centre

DARUL HUFFAZ LEARNING CENTRE

Caring for your Quranic Needs
Caring for your Quranic Needs

Pengajian Pendidikan Islam Lanjutan (PPIL)

Program Pengajian Islam Lanjutan (PPIL) ini disasarkan kepada mereka yang berumur 17 tahun ke atas dan telah mengikut pengajian asas agama. Ia memberi peluang kepada para pelajar untuk mendalami ilmu-ilmu Islam di peringkat GCE A-Level agar pelajar dapat ambil peperiksaan Syariah dan Usuluddin di peringkat tersebut jika mahu.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir pengajian ini, pelajar akan mempunyai tahap ilmu pengetahuan dalam Islam di peringkat GCE Advance Level dan mampu menduduki peperiksaan subjek Syariah dan Usuluddin di peringkat tersebut.

BAHASA

Pengajian ini dijalankan dalam bahasa Melayu.

SYARAT KEMASUKAN

  • Berumur 17 tahun ke atas.
  • Mempunyai asas pengajian agama Islam.

HARI DAN MASA

Hari
Rabu

Masa
8.00 – 9.30 malam

Semester
Semester 1: Januari – Mei
Semester 2: Julai – Oktober

Sila rujuk kepada Academic Calendar untuk tarikh-tarikhnya.

BENTUK KELAS

Kelas dijalankan secara secara keseluruhannya melalui Zoom. Rakaman setiap sesi akan diberikan kepada pelajar untuk mengulang-kaji dan untuk mereka yang terlepas menghadiri kelas.

TEMPOH PENGAJIAN

  • Pengajian ini adalah selama 6 semester (3 tahun).
  • Pelajar boleh ikuti kesemua enam semester berturut-turut atau bila-bila ada kelapangan.
  • Pelajar juga boleh ulangi mana-mana semester jika terlepas semester tersebut.
  • Pelajar tidak semestinya ambil kesemua semester. Pelajar boleh ambil mana-mana semester yang dia inginkan.

SUBJEK-SUBJEK

Tahun 2022
Sem 1: Fiqh Muamalat

Sem 2: Fiqh Munakahat

Tahun 2023
Sem 1: Usul Fiqh & Sejarah Perundangan Islam
Sem 2: Tauhid & Tasauf

Tahun 2024
Sem 1: Ulum Hadith & Ulum Al-Quran
Sem 2: Hadith & Tafsir

Tahun 2025
Sem 1: Fiqh Muamalat
Sem 2: Fiqh Munakahat

Tahun 2026
Sem 1: Usul Fiqh & Sejarah Perundangan Islam
Sem 2: Tauhid & Tasauf

YURAN

Yuran Pengajian
$250/ semester

Yuran Pendaftaran
$20 untuk pelajar baru

PENILAIAN

Pengajian ini tiada peperiksaan akhir semester. Pelajar akan dinilai melalui kuiz atau tugasan. Pelajar yang menjawab kuiz atau membuat tugasan akan diberikan gred yang sesuai. Pelajar yang tidak menjawab kuiz atau membuat tugasan tidak dianugerahkan gred.

SIJIL

  • Pelajar yang mempunyai kehadiran lebih daripada 50% bagi setiap semester akan dianugerahkan dengan Sijil PPIL bagi modul semester tersebut.
  • Pelajar yang menjawab kuiz atau membuat tugasan akan dianugerahkan gred yang tertera di Sijilnya.
  • Pelajar yang telah tamat kesemua 6 semester akan dianugerahkan Sijil Tamat Pengajian PPIL.

PENGAJIAN LANJUTAN

Pelajar boleh mengambil peperiksaan GCE A-Level bagi subjek Syariah dan Usuluddin untuk melayakkan mereka ke pengajian di peringkat kolej di Malaysia.

PENDAFTARAN

Pendaftaran ditutup pada akhir Januari (untuk Sem 1)  dan akhir Julai (untuk Sem 2) setiap tahun.

Scroll to Top

Subscribe To Our Mailing List for Latest Updates

Please enable JavaScript in your browser to complete this form.