Darul Huffaz Learning Centre

FAQ Madrasah Tahfiz (PPIQ)

Adakah Madrasah Tahfiz (PPIQ) sebuah madrasah?
PPIQ adalah program tahfiz sepenuh masa yang dikelolakan oleh Darul Huffaz Learning Centre. Ia adalah salah satu program tahfiz Darul Huffaz. Ia bukan madrasah sepenuh masa yang mempunyai lesen di bawah MOE. Oleh itu, kurikulumnya tidak ikut panduan MOE di mana perlu ada latihan jasmani, subjek ko-kurikulum dan lain-lain.

Adakah ia diiktiraf oleh Majlis Ugama Islam Singapura?
Darul Huffaz Learning Centre adalah institusi pendidikan Islam yang mempunyai lesen daripada Muis. Dengan ini, semua program yang dikelolakan oleh Darul Huffaz adalah di bawah pemantauan Muis. 

Apakah tujuan utama PPIQ?
Tujuan utamanya ialah menyediakan peluang dan wadah untuk remaja menghafal Al-Quran seberapa banyak yang termampu dalam pengajian harian mereka. Dalam masa yang sama, PPIQ menyediakan pengajian agama dan beberapa subjek akademik untuk pelajar menduduki peperiksaan Singapore-Cambridge Secondary Education Certificate (SEC). 

Apakah subjek-subjek akademik SEC pelajar PPIQ boleh ambil?
PPIQ melatih pelajar untuk mengambil peperiksaan SEC untuk 4 subjek berikut: Islamic Religious Knowledge (IRK), Bahasa Melayu, English, Arabic Language.

Mengapa tidak tawarkan lebih daripada 4 subjek di atas?
Darul Huffaz hanya boleh sediakan pelajar untuk 4 subjek di atas kerana keterbatasan masa kurikulum, fasiliti dan kewangan. Dengan pelajar yang sedikit, mengambil guru secara sepenuh masa untuk subjek akademik lain memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Tambahan pula, graduan PPIQ yang ingin teruskan pengajian di peringkat lebih tinggi dalam bidang agama tidak memerlukan subjek akademik lain. 

Adakah boleh pelajar PPIQ ambil lebih daripada 4 subjek akademik di atas?
Ya. Pelajar boleh ambil tusyen untuk subjek-subjek akademik lain untuk ambil peperiksaan SEC.

Berapa jam pengajian PPIQ setiap hari untuk subjek dan tahfiz?
Pelajar habiskan masa selama 3 jam setiap hari untuk tahfiz. Untuk subjek, ia adalah selama 2 jam lebih untuk Isnin hingga Khamis dan 40 minit untuk Jumaat. 

Adakah pelajar PPIQ dapat hafal 30 juz Al-Quran setelah tamat pengajian selama 4 tahun?
Darul Huffaz tidak memaksa pelajar untuk menghafal keseluruhan Al-Quran dalam masa 4 tahun. Pelajar hanya diminta untuk menghafal 2 juz setiap tahun. Tetapi pelajar yang mampu untuk hafal lebih akan dibantu guru untuk hafal seberapa banyak yang termampu. Tiada had untuk berapa banyak juz yang boleh dihafal setiap semester. Ini adalah kerana Darul Huffaz memahami bahawa setiap pelajar mempunyai kemampuan berbeza dalam menghafal Al-Quran. Darul Huffaz dipimpin dan dikelolakan oleh guru-guru hafiz dan hafizah yang telah melalui pengalaman menghafal Al-Quran.

Bolehkah pelajar PPIQ mendapat SimplyGo student concessionary card?
Pelajar PPIQ tidak layak untuk mohon concessionary card untuk pengangkutan awam kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan. Hanya pelajar-pelajar yang belajar di sekolah pemerintah atau enam madrasah sepenuh masa sahaja yang layak. Sila klik di sini untuk keterangan lanjut.

Adakah pelajar PPIQ perlu memakai pakaian seragam?
Ya, pelajar PPIQ perlu ada pakaian seragam tetapi ia tidak memberatkan. Pakaian itu boleh dibeli di mana-mana kedai dan mudah didapati. 

Jika anak saya daripada sekolah sekular dan tidak pernah belajar Bahasa Arab, adakah dia masih boleh ikuti PPIQ?
Ya, dia masih boleh ikuti PPIQ tetapi dia mesti mulakan daripada peringkat Asas selama setahun sebelum masuk ke Tahun 1. Maka dia perlukan 5 tahun untuk tamatkan pengajiannya. Ini dengan syarat dia lulus dalam ujian kemasukan untuk bacaan Al-Quran.

Apakah standard bacaan Al-Quran yang boleh diterima untuk pelajar yang mohon kemasukan PPIQ? 
Pelajar mesti sudah mampu membaca perkataan bersambung dengan agak lancar dan tidak tersekat-sekat walaupun Tajwid tidak kemas. 

Bagaimana jika anak saya telah belajar Bahasa Arab di madrasah separuh masa tetapi bacaan Al-Qurannya belum baik lagi?
Dia boleh mulakan PPIQ pada Tahun 1 tetapi untuk Al-Quran, dia perlu ikuti kelas Tahsin.

Bagaimana jika anak saya lancar bacaan Al-Quran tetapi tidak pernah belajar Bahasa Arab atau pengetahuan Bahasa Arabnya sangat terhad?
Dia perlu mulakan daripada peringkat Asas tetapi untuk Al-Quran, dia boleh ikuti kelas Tahfiz.

Saya telah daftarkan anak saya ke sekolah menengah. Adakah dia masih boleh ikuti pengajian PPIQ?
Dia masih boleh ikuti PPIQ. Jika pihak sekolah atau MOE panggil, Darul Huffaz boleh siapkan surat menyatakan bahawa dia sedang ikuti pengajian PPIQ di Darul Huffaz sepenuh masa. Tertakluk kepada keizinan MOE untuk benarkan dia teruskan pengajian PPIQ atau tidak. 

Bagaimana jika pihak MOE tidak benarkan?
Waris boleh merayu kebenaran tersebut. Sejauh ini, pihak MOE benarkan untuk teruskan pengajian PPIQ selagi mana sudah ambil PSLE dan sudah berumur 13 tahun dan ke atas.

Adakah anak saya boleh tukar sekolah sebelum tamat PPIQ?
Madrasah sepenuh masa tidak akan terima kerana subjek yang diajar di PPIQ tidak memenuhi syarat bilangan subjek madrasah sepenuh masa. Tetapi jika ingin tukar kepada sekolah sekular, besar kemungkinan MOE akan benarkan selagi mana ada PSLE.

Scroll to Top

Subscribe To Our Mailing List for Latest Updates