Pengajian Pendidikan Islam (PPI)
Program Pengajian Islam (PPI) ini disasarkan kepada mereka yang berumur 15 tahun ke atas, tidak kira sama ada sudah ada pendidikan agama yang asas atau tiada pendidikan agama. Subjek yang dipelajari ialah Tauhid, Fiqh, Akhlak dan Sirah.
Setiap subjek adalah sepanjang 16 sesi. Setiap semester ada 2 subjek. Pelajar ada pilihan untuk ambil 2 subjek setiap semester atau 1 sahaja subjek setiap semester. Pelajar juga diberikan kelonggaran untuk tukar bilangan subjek dari 1 kepada 2 atau 2 kepada 1 pada mana-mana semester. Pelajar juga dibenarkan untuk menambah bilangan subjek dari 1 hingga 2 pada pertengahan semester.
Pembelajaran adalah melalui rakaman video yang diberikan pada setiap sesi. Pelajar boleh berinteraksi dengan guru melalui Whatsapp ketika kelas berlansung atau pada bila-bila masa selepas kelas.
Klik mana-mana tab di bawah untuk butiran lanjut.
Di akhir pengajian PPI ini, pelajar akan mengetahui lebih mendalam dan menghayati kandungan ilmu-ilmu Tauhid, Fiqh, Akhlak dan Sirah.
Pengajian ini dijalankan dalam bahasa Melayu.
Berumur 15 tahun ke atas.
Kelas dijalan secara online.
Semua kuliah adalah melalui video yang dirakamkan terlebih dahulu. Pautan bagi setiap rakaman kuliah akan diberikan pada hari dan masa kelas.
Pelajar boleh mengajukan soalan dan berinteraksi dengan guru secara langsung ketika kelas berlangsung atau pada bila-bila masa selepas kelas..
Rakaman setiap kuliah akan terus disediakan bermula dari tarikh kuliah hingga tarikh bermula semester berikutnya. Selepas itu, rakaman video itu tidak dapat ditonton lagi.
Hari
Sabtu : Subjek 1
Ahad : Subjek 2
Waktu
Pautan untuk video kuliah akan diberikan sekitar 10 pagi.
Semester
Semester 1: Januari – Mei
Semester 2: Julai – Oktober
Sila rujuk Academic Calendar untuk tarikh-tarikhnya.
Sem 2 (2026) akan bermula pada Sabtu 4 Julai 2026.
- Tempoh terpendek ialah 1 tahun (jika pelajar ambil 2 subjek setiap semester).
- Tempoh terpanjang ialah 2 tahun (jika pelajar ambil 1 subjek setiap semester).
- Pelajar juga boleh berhenti pengajian untuk beberapa semester kemudian ambil baki subjek selepas itu.
Tahun 2026
Sem 2
Subjek 1: Tauhid
Subjek 2: Fiqh
Tahun 2027
Sem 1
Subjek 1: Akhlak
Subjek 2: Sirah
Sem 2
Subjek 1: Tauhid
Subjek 2: Fiqh
Yuran Pengajian
$250/ semester
Yuran Pendaftaran
$20 untuk pelajar baru
Harga buku
Pengetahuan Agama Islam (Tauhid dan Sirah) : $32.70
Pengetahuan Agama Islam (Akhlak dan Fiqh) : $32.70
Buku boleh dibeli di kedai Pergas secara online.
Pelajar digalakkan untuk mengambil online test pada penghujung setiap semester.
- Pelajar yang lulus online test akan diberikan sijil PPI dengan gred.
- Pelajar yang tidak lulus atau tidak ambil online test akan diberikan sijil PPI tanpa gred.
- Pelajar yang selesai mengambil kesemua 4 modul akan dianugerahkan dengan Sijil Tamat Pengajian Pendidikan Islam.
Pelajar boleh sambung pelajaran mereka di peringkat Pengajian Pendidikan Islam Lanjutan (PPIL) di Darul Huffaz dan program-program lain yang setaraf di luar.