Pengajian Pendidikan Islam Lanjutan (PPIL)
Pengajian Pendidikan Islam Lanjutan (PPIL) ini disasarkan kepada mereka yang berumur 17 tahun ke atas dan telah mengikut pengajian asas agama. Ia memberi peluang kepada para pelajar untuk mendalami ilmu-ilmu Islam di peringkat GCE A-Level agar pelajar dapat ambil peperiksaan Syariah dan Usuluddin di peringkat tersebut jika mahu. Subjek yang dipelajari termasuk Usul Fiqh, Ulum Al-Quran, Mustalah Hadith dan lain-lain.
Setiap subjek adalah sepanjang 16 sesi (1 semester).
Pembelajaran adalah secara online melalui wadah Zoom.
Klik mana-mana tab di bawah untuk butiran lanjut.
Di akhir pengajian ini, pelajar akan mempunyai tahap ilmu pengetahuan dalam Islam di peringkat GCE Advance Level dan mampu menduduki peperiksaan subjek Syariah dan Usuluddin di peringkat tersebut.
Pengajian ini dijalankan dalam bahasa Melayu.
- Berumur 17 tahun ke atas.
- Mempunyai asas pengajian agama Islam.
Kelas dijalan secara online melalui wadah Zoom.
Rakaman setiap sesi akan diberikan kepada pelajar untuk mengulang-kaji dan untuk mereka yang terlepas menghadiri kelas.
Hari
Ahad
Masa
8.00 – 9.30 malam
Semester
Semester 1: Januari – Mei
Semester 2: Julai – Oktober
Sila rujuk kepada Academic Calendar untuk tarikh-tarikhnya.
Semester 2, 2026 akan bermula pada Ahad, 5 Julai 2026
- Pengajian ini adalah selama 8 semester (4 tahun).
- Pelajar boleh ikuti kesemua lapan semester berturut-turut atau bila-bila ada kelapangan.
- Pelajar juga boleh ulangi mana-mana semester jika terlepas semester tersebut.
- Pelajar tidak semestinya ambil kesemua semester. Pelajar boleh ambil mana-mana semester yang dia inginkan.
Pelajar akan belajar 9 subjek yang merupakan subjek-subjek yang diuji di peringkat A-Level untuk Kertas 1 & 2 Syariah ; dan Kertas 1 & 2 Usuluddin.
Subjek-subjek Syariah ialah:
1. Mu’amalat: Subjek ini mengupas konsep jual beli dalam Islam.
2. Munakahat: Subjek ini mengupas konsel nikah dan talaq serta isu-isu berkaitan kekeluargaan.
3. Usul Fiqh: Subjek ini melengkapkan pelajar dengan kemahiran mengenal pasti kaedah-kaedah yang digunakan oleh ulama dalam mengenal pasti hukum-hakam dalam agama Islam.
4. Sejarah Perundangan Islam: Subjek ini mendedahkan kepada pelajar perkembangan kodifasi hukum-hakam dalam Islam dari sudut sejarah sehingga timbul beberapa aliran fiqh dalam masyarakat Islam.
Subjek-subjek Usuluddin pula ialah:
1. Tauhid: Subjek ini mengupas lebih lanjut rukun Iman yang enam.
2. Tasauf: Subjek ini mendidik pelajar untuk mengenal pasti sifat-sifat keji dan mulia sebagai panduan dalam kehidupan.
3. Ulum Hadith: Subjek ini memperkenalkan pelajar kepada asas-asas prinsip dalam mengenal pasti hadith yang sahih dan bukan sahih serta perkara-perkara yang bersangkutan dengan periwayatan hadith.
4. Ulum Al-Quran: Ilmu ini mengajar pelajar perkara-perkara asas yang bersangkutan dengan pemahaman Al-Quran.
5. Hadith & Tafsir: Subjek ini mendedahkan kepada pelajar contoh-contoh hadith dan maksudnya serta beberapa ayat Al-Quran serta tafsirnya. Pemilihan hadith dan ayat Al-Quran adalah mengikut silibus A-Level.
Tahun 2025Sem 1: Mu’amalatSem 2: Munakahat
Tahun 2026Sem 1: Usul Fiqh
Sem 2: Sejarah Perundangan Islam
Tahun 2027
Sem 1:Tauhid
Sem 2: Tasauf
Tahun 2028
Sem 1: Ulum Hadith & Ulum Al-Quran
Sem 2: Hadith & Tafsir
Yuran Pengajian
$300/ semester
Yuran Pendaftaran
$20 untuk pelajar baru
Pelajar akan dinilai dengan berikut:
10% : Kehadiran
20% : Kuiz / Tugasan
70% : Ujian akhir semester (ujian dijalankan melalui talian)
- Pelajar yang mendapat lebih daripada 50% akan diberikan sijil PPIL dengan gred.
- Pelajar yang mendapat kurang daripada 50% akan diberikan sijil PPIL tanpa gred.
- Pelajar yang selesai mengambil kesemua 6 modul akan dianugerahkan dengan Sijil Tamat Pengajian Pendidikan Islam Lanjutan.
Pelajar boleh mengambil peperiksaan GCE A-Level bagi subjek Syariah dan Usuluddin untuk melayakkan mereka ke pengajian di peringkat kolej di Malaysia.