Bengkel Muazzin Remaja
Selain dari memimpin solat, lelaki juga perlu ada kemahiran untuk melaungkan azan dan qamat. Bengkel ini melengkapkan remaja lelaki dengan ilmu dan kemahiran untuk memimpin solat berjemaah.
KANDUNGAN
Bengkel ini menggunakan nota yang disiapkan oleh Dr Firdaus Yahya, Pengurus Darul Huffaz. Ia merangkumi semua aspek penting dalam melaungkan azan dan qamat.
Peserta akan dilatih secara praktikal melaungkan azan dan melagukannya.
Untuk melengkapkan ilmu solat berjemaah, peserta boleh juga ikuti Bengkel Imam Remaja (3-5 Jun).
SYARAT KEMASUKAN
- Lelaki
- Berumur 13-19 tahun
- Boleh baca Al-Quran
HARI & MASA
Program ini diadakan secara fizikal di Darul Huffaz.
Rabu – Khamis
11 – 12 Jun 2025 (2 hari)
10.00 – 11.00 am (1 jam)
PEMBIMBING
Bengkel ini dibimbing oleh Ustaz Muhammad Abdul Ghani
YURAN
Bengkel Muazzin sahaja : $60
Bengkel Muazzin dan Bengkel Imam (combo) : $100 (diskaun $40!)
Yuran Pendaftaran : $20 (untuk pelajar baru)