Bengkel Imam Remaja
Semua lelaki perlu mempunyai ilmu dah kemahiran untuk mengimamkan solat. Bengkel ini melengkapkan remaja lelaki dengan ilmu dan kemahiran untuk memimpin solat berjemaah.
KANDUNGAN
Bengkel ini menggunakan nota yang disiapkan oleh Dr Firdaus Yahya, Pengurus Darul Huffaz. Ia merangkumi semua aspek penting yang perlu diketahui setiap remaja lelaki untuk memimpin solat berjemaah.
Peserta juga akan didedahkan dengan hafalan bacaan-bacaan tertentu termasuk beberapa surah pendek.
Peserta boleh juga ikuti Bengkel Muazzin Remaja (11-12 Jun) untuk melengkapkan ilmu sebagai imam dan muazzin.
SYARAT KEMASUKAN
- Lelaki
- Berumur 13-19 tahun
- Boleh baca Al-Quran
HARI & MASA
Program ini diadakan secara fizikal di Darul Huffaz.
Selasa – Khamis
3 – 5 Jun 2025 (3 hari)
10.00 – 11.30 am (1.5 jam)
PEMBIMBING
Bengkel ini dibimbing oleh Ustaz Muhammad Faqih bin Mohamad Salleh Al-Hafiz
YURAN
Bengkel Imam sahaja : $80
Bengkel Imam dan Bengkel Muazzin (combo) : $100 (diskaun $40!)
Yuran Pendaftaran : $20 (untuk pelajar baru)