Tafsir Juz 19
Juz 19 Al-Quran bermula dengan bahagian akhir surah al-Furqan yang mengandungi sifat-sifat yang Allah s.w.t inginkan daripada kita.
Surah al-Furqan diikuti dengan 3 surah yang bermula dengan huruf To dan Sin. Surah yang pertama ialah surah Asy-Syu’ara’. Surah yang panjang ini mengandungi banyak kisah para nabi dan rasul. Ia bermula dengan kisah yang agak terperincin berkenaan Nabi Musa a.s, diikuti dengan kisah Nabi Ibrahim a.s, Nabi Nuh a.s, Nabi Hud a.s, Nabi Syu’aib a.s dan Nabi Lut a.s.
Surah An-Naml yang datang selepasnya pula mengandungi cerita menarik berkenaan Nabi Sulaiman a.s dan Permaisuri Balqis.
Mari mendalami kisah-kisah ini dan banyak lagi melalui kursus Tafsir Juz 19 bersama-sama dengan Ustaz Muhammad Mihdhar Mahmood Al-Hafiz.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, peserta akan dapat mengetahui tafsir Juz 19 Al-Quran.
BAHASA
Kursus ini dijalankan dalam bahasa Melayu.
SYARAT KEMASUKAN
Tiada syarat kemasukan
HARI & MASA
Hari
Sabtu
Masa
8.00 – 10.00 malam (2 jam)
TARIKH
Tarikh
Modul 1 : 10, 17, 24, 31 Mei 2025
Modul 2 : 5, 12, 19, 26 Julai 2025
Modul 3 : 2, 16, 23, 30 Ogos 2025
Sila rujuk kepada Academic Calendar untuk tarikh-tarikhnya.
YURAN
Yuran Kursus
$80 / modul (termasuk buku pdf Terjemahan Juzuk 19)
*Peserta yang ingin buku yang dicetak perlu membayar tambahan $10
Yuran Pendaftaran
$20 bagi pelajar baru