Madrasah Tahfiz (PPIQ)
Pengajian Pendidikan Islam dan Al-Quran (PPIQ) adalah pengajian tahfiz harian dengan tambahan pengajian agama. Dengan penekanan terhadap pembacaan dan penghafalan ayat-ayat Al-Quran serta silibus yang tidak memberatkan pelajar, PPIQ memberikan pengalaman yang menarik untuk pelajar-pelajarnya.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir pengajian, pelajar akan mampu::
- Menghafal sekurang-kurangnya 7 juz Al-Quran dengan bacaan yang baik
- Memahami Fiqh Ibadat
- Memahami akidah Islam
- Mencerminkan akhlak Islam dalam kehidupan seharian
- Mengetahui secara dasar sejarah awal Islam
- Menghafal lebih 100 hadis pendek
- Memahami asas Ulum Al-Quran dan Ulum Hadith
- Membaca Al-Quran dengan Tajwid yang betul
- Mempunyai kemahiran Bahasa Melayu pada peringkat GCE O Level
- Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris pada peringkat GCE O Level
- Mempunyai kemahiran Bahasa Arab pada peringkat GCE O Level
- Mempunyai kemahiran ilmu Matematik pada peringkat Menengah 1
BAHASA
Madrasah dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu melainkan subjek-subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
SYARAT KEMASUKAN
Pemohon perlu memenuhi syarat berikut:
1. Mampu membaca Al-Quran
2. Berumur 13 – 16 tahun
Pemohon perlu menjalani ujian kemasukan untuk menilai kemampuan dan kelancaran bacaan. Pemohon yang tidak mampu membaca Al-Quran tidak akan diterima permohonannya.
Pemohon yang berjaya daripada madrasah sepenuh masa:
Diterima masuk ke Tahun 1
Pemohon yang berjaya daripada sekolah sekular:
Diterima masuk ke peringkat Asas
Pengasahan setahun bagi subjek Al-Quran dan Bahasa Arab
HARI DAN MASA
Hari
Isnin hingga Jumaat
Kelas Tahfiz
8.45 – 11.45 pagi
Kelas-kelas Subjek
12.15 – 2.25 ptg
Semester
Semester 1: Januari – Mei
Semester 2: Julai – November
Sila rujuk kepada Academic Calendar untuk tarikh-tarikhnya.
TEMPOH PENGAJIAN
PPIQ adalah selama 4 tahun. Setiap peringkat adalah selama 1 tahun.
PERATURAN PELAJAR
Semua pelajar PPIQ perlu patuh pada peraturan-peraturan pelajar. Sila klik di sini untuk membaca peraturan-peraturan tersebut.
SUBJEK-SUBJEK
Subjek-subjek Agama
1. Tauhid
2. Fiqh
3. Akhlak
4. Sirah
5. Hadith
6. Ulum Al-Quran
7. Ulum Hadith
8. IRK
Subjek-subjek Al-Quran
1. Tahfiz
2. Tajwid
3. Tafsir
Subjek-subjek Akademik
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Arab
4. Bahasa Inggeris
5. Matematik
YURAN
Yuran Pengajian
Peringkat Asas: $150 / bulan
Tahun 1-4: $160 / bulan
Yuran Buku, peperiksaan dan lain-lain
$100 / semester
Deposit
Yuran sebulan
Deposit hanya dipulangkan selepas setahun pelajar ikuti pengajian PPIQ.
PENILAIAN
Penilaian untuk setiap semester adalah seperti berikut:
- Kehadiran: 10%
- Penilaian dalam kelas Tahfiz: 10%
- Penilaian dalam kelas untuk subjek: 20%
- Peperiksaan semester untuk Tahfiz: 80%
- Peperiksaan semester untuk subjek: 70%
- Peratus minimum untuk lulus ialah 50%
SIJIL
- Slip Keputusan Peperiksaan akan diberikan selepas setiap peperiksaan semester.
- Sijil PPIQ akan diberikan kepada pelajar yang telah tamat pengajian Tahun 4.
PENGAJIAN LANJUTAN
Pelajar boleh sambung pelajaran mereka di peringkat Pengajian Pendidikan Islam Lanjutan (PPIL) di Darul Huffaz dan program-program lain yang setaraf di luar.
PENDAFTARAN
Pendaftaran ditutup pada akhir Januari setiap tahun.